CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »


Monday, April 11, 2011

cinta dari istana....


novel nukilan ADAH HAMIDAH........
semegah hikayat cinta dunia.
sehebat itulah cinta beta buat dirinya,
seorang putera raja rakyat biasa.......


puitis kosong jiwa...

dibatasan hati yang rongak
di birai hening mendung berarak
rawan, resah panjang lebar
berlekuk-lekuk panjang lebar
berliku-liku tiada noktah
apa yang hati tertanya
tiada bibir yang mampu menjawabnya
begitu juga ddengan jiwa
kerana rasa tak pernah ada
untuk kasih dan cinta

mungkin lelangit hati masih muda
ataukah juga daratan jiwa yang enggan melakar mesra
palung rindu tidak pernah terisi
kerana tiada getar yang mengiringi
rimba jiwa masih tebal
hingga tiada keberanian untuk menyelusuri
takut sesat dihujung rasa

namun bila ada saatnya
tatkala semua wujud mula
tatkala kesuma kuat meronta
tatkala hati membuat angkara
melangkah lamunan membilang bahagia
detik itu apa maknanya

NUKILAN: SANG PUTERI


pada tirai jiwa yang terkoyak
pada hamparan mega yang tidak terhenti bergerak
gusar jiwa hujungnya tak sudah
beralun-alun tiada tanda
bersimpang-simpang tiada beza

setiap pertanyaan yang ada
biarlah bibir ini menjelas semua
dan jiwa akan turut serta
kerana rindu yang sentiasa tercipta
buat cinta dan kasih sayangnya

tidak mungkin awan hati yang terlalu muda
tidak mungkin hamparan jiwa menolak bahagia
kerana karung rindu sudah penuh berisi
bersama debar seiring mendampingi
lantaran jiwa yang sarat menenggelami
penuh tekad berani mendayungi
gusar resah tidak lagi dirasai

dan telah tiba jua masanya
pasti subur suma rasa
ketika sukma mendesak bahagia
ketika hati menolak derita
mamangkah mimpi menghitung gembira
detik itu CINTA NAMANYA!!!

NUKILAN: ARJUNA BUAT SANG PUTERI

p/s: aku pon x taw nape ak masih berjaga saat nih...hahahahhaha :))lama kot x bc novel, gase nya da bebulan2 malas gyle nak bc... tp x taw la nape ari ni ak bwk lari novel baru yg mak ak br beli nih(tanpa pengetahuan beliau...:-p)tertarik ngan novel ni sbb bahasanya... bahasa melayu tulen... da yang paling suka suka suka sgt tu puisi yg di sertakan di dalam novel nih... mungkin alam nyata x sama ngan fantasi kan tp x salah jika sesorng tu ingin berfantasi kerna mungkin fantasi atau mimpi akan jadi realiti... dan siapa tahu kan.. hahahahahha.... tuk novel pertama setelah berbulan2 ak x bc... novel ni ok la.... teringin laknak mula bt puisi semula... lm da jari ni x karang puisi2.... mungkin bila ada masanya aku akan sertakan serba sedikit kaeya nukilan ak untuk di kongsi..:-p x kisah la orng nak kt ak jiwang.. but this is me... laut, pantai bulan bintang puisi tetap menjadi kegemaranku...:-p

0 comments: