CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »


Saturday, April 21, 2012

4 golongan penghuni neraka

di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka pleh wanita. lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. mereka adalah.....


1) ayahnya: apabila seseorang yg bergelar ayah tdk mempedulikkan anak-anak perempuannya di dunia. dia tdk memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. dia membiarkan anak-anak perempuannya tdk menutup aurat. tdk cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

" duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? adakah kau mengajarnye bersolat dan menutup aurat?... pengetahuan agama?.. jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahanam "


2) suaminya: apabila sang suami tidak mempedulikkan tindak tanduk isterinya. bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.


" duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang? dimanakah dia? bagaimanakah akhlaknya? jika tdk kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana "


3) abang-abangnya: apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran islam tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.


" duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu dan jgn ingat kau terlepas.. kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.. jika membiarkan adikmu bergelumung dgn maksiat.. dan tidak menutup aurat.. "


4) anak-anak lelakinya: apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan haram di sisi islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. maka anak itu akan di soal dan di pertanggungjawabkan di akhirat kelak.. dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.


" duhai anak-anak lelaki.. sayangilah ibumu.. nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.. kerana ibu juga insan biasa.. tidak terlepas dari melakukan dosa.. selamatkanlah ibumu dari menjadi 'kayu api' neraka... jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya "

0 comments: