CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »


Sunday, October 7, 2012

lamaran pilihan Allah..



sekiranya kita cinta pada manusia..
tak semestinya manusia cinta kepada kita..
tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya..


sekiranya kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai
tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai
orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga..


Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh yang di tetapkan oleh-Mu kepadaku
maka campakan lah dalam hatiku cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu

namun...
andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku..
berikanlah ku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian
yang kau berikan kepadaku...

Ya Allah
jika aku jatuh cinta
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu
agar bertambah kekuatan untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
jika aku jatuh cinta
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya Rabbana
jika aku jatuh hati
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada-Mu

Ya Rabbul Izzati
jika aku rindu
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya Allah
jika aku rindu
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurga-Mu

Ya Allah
jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya Allah
jika aku jatuh cinta pada kekasih-Mu
janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya Allah
jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu..


tak minta yang soleh, sebab saya pun tak lah solehah sangat..
tak minta yang bergelar ustaz, sebab saya lagi jauh untuk bergelar ustazah..
nak minta yang kaya, saya pun tak kaya hanya sekadar apa yang ada..
nak minta yang hensem, saya tak la cantik sangat sekadar hamba sesempurna kejadian ALLAH ciptakan..
nak minta yang berpangkat saya hanya seorang hamba..
cukuplah sekadar yang memahami dan menerima ku seadanya..
cukuplah yang ada agama di hati dan mengamalkannya serta sama-sama mencari jalan ke syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina..
cukuplah yang sama-sama saling membantu dalam susah dan senang mengharungi lautan dunia..


sesungguhnya tugas pertama ku bukan mencari dirimu tapi mensolehkan diri ku...
sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehah ku tidak setanding dengan kesolehanmu..
janji ALLAH pasti akan ku pegang dalam misi mencari diri mu..


we are friend...

salam wbt... 
ollaaaa..... lama rasanya tak singgah kat blog nih..
whats up all... hahahahaha...
permulaan story untuk kali ini... we are friend and still a friend..
28 September 2012~ story begin... tadaaaaa...
jumaat masih tade kata sepakat dgn sapa sy harus pergi ke negeri sembilan...
kalau ikot kan hati mmg dah malas nak pegi sbb last minute macam ni kan..
tapi last2 dpt msg from my friend ezatil akma aka gadis melayu..
kitorang akan tido dekat serting, negeri sembilan..
balik keja macam x cukup tanah bersiap kemas apa yang patut sebab sebelum bertolak tu da janji ngan mak nak pegi mines..
sempat lagi tu... memang kelam kabut gila la time tu...
sampai putrajaya dalam pukul 11 lebih... tu pun sesat nak mencari rumah cik alya shiro nih...
agak2 dalam kol 1130 kitorang gerak to serting malam tu jugak... hikhik.. keja gila kan... bagi aku la..
dalam pukul 145 kot smp rumah putput aka nanafieda aka confius.. adeh bnyk tol nama dia nih...


aha... ni di pagi hari setelah siap berdandan nak g palong ye..
~dis, alya, putput and me~

pagi tu kitorang keluar agak awal sebab nak cari hadiah untuk puan pengantin.. tp tade la awl sangat kan...


sempat snap lagi sementara tunggu keta mak jemah lagi satu..


ni hah dia ketua mak jemah... hikhik..
nana, kak ieya and jijah...

agak2 dalam pukul 1 lebih kitorang samapai palong.. fuh punya jauh perjalanan nak ke sana..
aku ingat kan kejap la kan... tapi rasanya hari tu kitorang banyak duduk dalam kereta dari jalan dekat luar..


snap.. snap lagi... depan pelamin sebelah perempuan ye...


ni lah sahabat kitorang yang dah bergelar puan di antara kami...

tak sempat nak bergambar sekali dengan pengantin sebab time tu dah nak hujan and kitorang memang nak kena gerak awal sebab nak check in dekat port dickson pulak lepas tu...
dalam pukul 6 lebih baru kitorang sampai port dickson... ada prob sikit dengan tempat penginapan tapi alhamdulillah segala nya berjalan dengan lancar after that.. sempat la jugak pusing tgk2 barang kan..
malam tu lepas dinner terus balik apartment.. semua keletihan... tapi tak jadi hal la kat diorang ni sebab masing2 mulut tak berenti jugak walaupun penat mcm mana pun...
ye lah kan jumpa pun bukan selalu kalau ikot penat macam tak berbaloi datang cuti jauh2 kan...
dalam pukul 12 masing2 dah get ready nak tido..zzzzZZZZZ...

dalam pukul 130 ak dikejut kan oleh kak ieya..
mamai2 tu pun bangun jugak tengok kat bilik sebelah diorg tgah bersiap nak keluar...
ni memang buat keja gila ye... budak2 ym turun PD nak jumpa..
alahai kalau ikot kan memang la tersangat malas nak ikot kan..
tapi last2 ikot jugak la sebab bila dah terjaga hilang terus rasa ngantok tu...


dalam kereta nak gerak dari apartment.. comei2 belaka...
bak kata jijah imej tu penting... padahal ni suma br bangun tido nih.. hahahahaha...
jijah, kak ieya and nana..


lepak2 jap pastu kotorang blah sebab diorang pun dah penat kan..
sempat snap pic sebelum balik...
kak ieya, miji, nana, star and me...

bila dah kuar time2 gni balik tu semua kelaparan...
punya la jauh nak g mkn padahal cari McD je kot.. ke hujung dunia pulak rasanya...
makan2 borak2 agak2 dalam pukul 630 br smp apartment..
memang tak sempat la kan nak tido ke ape...
terus kejut budak2 lain.. dah janji nak mandi pantai...


muka excited nak terjun laut.... hahahahaha... muka bangun tido semuanya...


macam2 aksi korang buat ye dalam air tu...
tak puas berendam kat laut sambung pulak dekat swimming pool kat apartment...




seronok je korang ni kan....
lepas puas mandi manda naik apartment siap2 untuk gerak balik umah masing2...
penat memang tayah cakap la kan dengan tak cukup tido nye...
tapi alhamdulillah semua nya baik2 saje..
entah bila dapat peluang nak gathering macam nih...
lepas sorang2 kawen... lepas ida nih.. jah pulak tahun depan... lepas tu tataw pulak turn sape..

anyway.. orang cakap kenal dengan budak2 ym ni tak semua nya baik..
tapi alhamdulillah sepanjang aku kenal and join ym nih...
diorang ni la antara close friend ak...
you all the best la... my true friend...


love them all...
will always remember our memories together...