CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, May 2, 2013

trifle in da house...


assalamualaikum wbt.. agak lama jugak x singgah blog nih...
sebenarnya tak taw nak update ape... sebab tu lama menyepi..
so permulaan entry untuk bulan may ni kita mulakan dengan resipi trifle...
jommm tengok bahan-bahan nya...

bahan-bahan:
swiss roll
1 tin susu cair
1 tin fruit cocktail
1 tin peach
3 sudu besar tepung kastard
4 titik esen vanilla
1 kotak jelly
gula (secukup rasa)
telur kuning...




ok tu suma bahan yang diperlukan untuk buat trifle.. mudah sangat nak buatnya..
next step...

1st layer:

potong swiss roll dan susun dalam bekas bagi padat.. nak potong bagi tebal pon boleh nak nipis pon boleh jugak..
ikut pada citarasa masing-masing..
*kalau boleh pakai bekas kecik sikit la mudah nak dipotong nanti...



kemudian segala lubang yang ada ditutup supaya bancuhan kastard tidak bercampur dengan kek..


basahkan kek sikit dengan air fruit cocktail..


2nd layer:

untuk 2nd layer ni kita nak buat puding kastard...
first sekali kita bancuhkan 3 sudu besar tepung kastard (scoop bagi penuh pun boleh)
1 tin susu cair dan tambahkan air menggunakan sukatan 1tin susu tadi..
kacau adunan dan masukkan telur kuning, gula dan esen vanilla...


kacau diatas api yang sederhana dan biarkan sekata dan pekat...


agak2 dah pekat dan likat, biarkan sejuk sekejap sebelum tuangkan kedalam bekas berisi swiss roll tadi. inilah hasilnya...


3rd layer:

masukan fruit cocktail... masukan buah sahaja air buah tu jangan masukkan nanti terlampau manis pulak trifle tu..


4th layer:

1 paket jelly jenama nona dibancuh dengan 400ml air..
masak bancuhan jelly siatas dapur.. kalau pakai jelly jenama nona ni kita tak payah letak gula lagi sebab mmg dah ada gula dalam tu.. kacau bagi pekat..


 sejukkan sebentar kemudian masukkan kedalam bekas swiss roll tadi..
gambar yang ni kita boleh nampak lapisan trifle tadi.. 4 lapisan semuanya..


ok strawberry ni kalau nak letak pun boleh terpulang pada citarasa masing2 ye...


tadaaaa..... ni la dia trifle yang dah siap.. buah peach dan strawberry tu dihias diatas lapisan jelly...


 ok dekat bawah ni saya selitkan beberapa gambar yang lain.. sebab saya buat 2 kali trifle ni satu untuk makan dekat rumah dan lagi satu untuk kakak ipar saya.. dia request nak buah peach aje..
bahan suma sama cuma yang ini tak ada fruit coktail.. step yang sama cuma 3rd layer tu letak buah peach kemudian baru letak jelly...




eloknya nak buat trifle ni buat dalam bekas yang kecik skit... sebab senang nak makan dan potong kalau buat banyak lapisan nih..
tapi itu pendapat saya la terpulang la korang nak guna bekas mana pun..
untuk percubaan yang pertama ni alhamdulillah menjadi... kakak ipar pun suka.. kira berjaya la nih..
maybe menu ni boleh buat masa open house raya tahun nih.. ngeee.....
insyaallah...

0 comments: