CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »


Thursday, December 1, 2011

pelang cinta~~

aku dia & .com nukilan daisy zahra


pelangi yang datang bersama hujan
membuatkan ak terpanar
dengan keindahan tujuh warnanya
lantas hati bertasbih akan kebesarannya
aku sentiasa menanti
akan kehadiran sang pelangi
kerana melaluinya aku mengetahui
kamu juga turut menyukai
namun, sejak dirimu aku kenali
banyak yang aku pelajari
dalam diam aku mengagumi
dirimu yang bertakhta dihati
cantiknya awan dilangit yang membiru
umpama rinduku yang selalu terbuku
indahnya matahari di waktu senja
menjadi pengubat jiwaku yang lara
bersinarnya bintang diwaktu malam
seperti kasihku yang takkan pernah padam
tapi aku masih menanti si pelangi
yang amat sukar nak kutemui
setelah kamu kukenali
aku semakin mengerti
walau cantinya si pelangi
tujuh wananya yang sentiasa berseri
namun bagiku kamu lebih mengatasi
dari segala-galanya di dunia ini
sekarang aku fahami
tak perlu lagi aku terus menanti
pelangi di langit akan muncul dan hilang
datang dan pergi seperti sang hujan
tapi kamu akan kekal disini
terpahat jauh di sudut hati
biarpun kamu tiada kini
bagiku kamulah yang akan abadi
buat selama-lamanya
kerana kamulah pelangi cinta...

p/s: puisi yg kuambil dr novel nih... nice 1... n i like it..
penuh dgn maksud tersirat dan tersurat..
enjoy ur reading...