CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, March 2, 2012

amalan yang baik untuk minda...


menyedut udara segar

oksigen adalah sangat penting kepada otak manusia kerana otak adalah pengguna olsigen terbesar dalam tubuh badan kita. jika berlaku pemcemaran udara, ia boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan mengurangkan keaktifan otak. carilah tempat yg boleh memberikan anda ketenangan untuk mendapatkan udara segar..


merehatkan minda jika kurang sihat

anda tidak boleh terlalu memaksa minda anda untuk bekerja kuat sekirannya tubuh badan anda tidak sihat. biasanya jika badan anda tidak sihat, minda pun akan menjadi lemah untuk berfikir. perbuatan suka melakukan kerja yang banyak berfikir semasa tidak sihat adalah tidak bagus. ini kerana minda anda juga perlu berehat jika tubuh badan tidak sihat.


tidak kepada rokok

kita memang sudah banyak mengetahui yg merokok adalah sangat membahayakan diri sendiri dan juga orang lain. jika tabiat suka merokok ini tidak di buang dalam diri seseorang ia boleh mendatangkan banyk kesan buruk dalam diri seseorang. asap rokok akan mengakibatkan bnyk penyakit berkaitan otak seperti alzheimer dan akan membahayakan lagi adalah strok.


mengambil sarapan pagi

bagi yg ada penyakit gastrik, rajin mengambil sarapan pagi adalah salah satu cara untuk mencegah dari terkena gastrik. apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. oleh itu, ia akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif. seterusnya minda seseorang akan menjadi terlalu lemah untuk berfikir.

    p/s: just for sharing.. copy paste from my planner.. enjoy your reading guys!! ;-)

0 comments: